Keupayaan Kiva Kamen Rider Kiva (watak)

Sut Utama (Kiva Form)

Sut utama Kiva dipanggil Kiva Form (キバフォーム, Kiba Fōmu). Secara amnya, Kiva dalam sut ini mempunyai ketinggian 200cm dan berat 98kg. Kiva dalam sut ini mampu berlari dalam masa 6.5 saat bagi 100m panjang. Kiva juga mampu melompat setinggi 85m dengan sut ini. Impak tumbukannya adalah sekuat 6t manakala impak tendangannya adalah sekuat 8t. Serangan pemusnahnya, Darkness Moon Break (ダークネスムーンブレイク, Dākunesu Mūn Bureiku) menghasilkan impak sekuat 30t. Imej bulan sabit muncul apabila Kiva melancarkan serangan pemusnahnya - mengambarkan kononnya siang bertukar menjadi malam. Ciri-ciri istimewa sut utama yang berwarna merah ini adalah seperti berikut:

  1. Omnilens (オムニレンズ, Omunirenzu) - visor mata Kiva. Visor ini membantu Kiva melihat dalam keadaan gelap.
  2. Rantai Catena (カテナ, Katena) - rantai besi yang menyimpan rahsia di sebalik but kaki kanan dan bahu Kiva. Kivat mempunyai kunci untuk membuka rantai kaki Kiva, manakala Tatsulot mempunyai kunci untuk membuka rantai pada bahu Kiva.

Sut Arms Monsters

Kiva mempunyai tiga ahli Arms Monsters. Namun, Kiva mempunyai empat sut dari mereka - tiga sut setiap ahli Arms Monsters dan satu sut gabungan.

Garulu Form

Garulu Form (ガルルフォーム, Garuru Fōmu) adalah sut yang digunakan oleh Kiva selepas dia memanggil Arm Monster Garulu. Ketika dipanggil, Garulu tidak boleh keluar dengan tubuh badannya, tetapi bertukar menjadi sebilah pedang (Garulu Saber). Pedang ini membawa unsur berwarna biru yang dipanggil Garulu Cobalt (ガルルコバルト, Garulu Kobaruto). Unsur ini menyebabkan sut Omnilens, badan, dan tangan kiri Kiva bertukar kepada warna biru, sekaligus meletakkan Kiva di bawah pengaruh Garulu. Kelebihan yang diterima oleh Kiva dengan sut ini, dia dapat memanipulasi bunyi dan bergerak pantas. Latar belakang Kiva bertukar menjadi gelap dengan imej bulan purnama kelihatan, apabila Kiva melancarkan serangan pemusnah dengan Garulu Saber.

Keupayaan Kiva juga berubah dengan beratnya berkurangan kepada 90kg, lariannya meningkat kepada 1.5 saat untuk 100m (berbanding 6.5 saat untuk 100m dengan sut Kiva Form). Namun, tumbukannya pula berkurangan kepada 6t dan lompatan tertingginya hanya 40m (berbanding dengan sut Kiva Form sebanyak 85m).

Bassha Form

Bassha Form (バッシャーフォーム, Basshā Fōmu) adalah sut yang digunakan oleh Kiva selepas dia memanggil Bassha. Ketika dipanggil, Bassha tidak boleh keluar dengan tubuh badannya, tetapi bertukar menjadi sepucuk pistol (Bassha Magnum). Pistol ini membawa unsur yang berwarna hijau yang dipanggil Bassha Emerald (バッシャーエメラルド, Basshā Emerarudo). Unsur ini menyebabkan sut Omnilens, badan dan tangan kanan Kiva bertukar menjadi hijau, sekaligus meletakkan Kiva di bawah pengaruh Bassha. Sut ini membantu Kiva dalam pertarungan jarak jauh serta mampu membantu menganalisis kelemahan mangsanya. Kelebihan sut ini juga membantu Kiva memanipulasi air, sekaligus membantunya membuat hujan atau air pancut palsu. Latar belakang Kiva bertukar menjadi gelap dengan imej bulan separa penuh kelihatan, apabila Kiva melancarkan serangan pemusnah dengan Bassha Magnum.

Walaubagaimanapun, sut ini mengurangkan banyak abiliti Kiva. Berat Kiva dalam sut ini merosot sehingga 92kg. Selain itu, kekuatan tumbukan dan tendangan Kiva juga kelihatan menurun sehingga 3t setiap satu. Namun, Kiva dalam sut ini mampu berenang selaju 162kt. Selain itu, Kiva juga mampu berlari selaju 6.0 saat sejauh 100m.

Dogga Form

Dogga Form (ドッガフォーム, Dogga Fōmu) adalah sut yang digunakan oleh Kiva selepas dia memanggil Dogga. Ketika dipanggil, Dogga tidak boleh keluar dengan tubuh badannya, tetapi bertukar menjadi tukul (Dogga Hammer). Tukul ini membawa unsur berwarna ungu yang dipanggil Dogga Purple (ドッガパープル, Dogga Pāpuru). Unsur ini menyebabkan sut Onmilens, badan, dan tangan Kiva bertukar kepada warna ungu. Sut ini membolehkan Kiva memanipulasi elektrik. Tambahan pula, Kiva menjadi lebih kuat walaupun lebih perlahan. Latar belakang Kiva bertukar menjadi gelap dengan imej bulan hampir penuh kelihatan apabila Kiva melancarkan serangan pemusnah dengan Dogga Hammer.

Berat Kiva meningkat kepada 150kg dengan sut ini. Impak tumbukannya meningkat kepada 15t. Namun, Kiva dengan sut ini hanya mampu berlari 10 saat untuk 100 meter. Impak tendangannya pula merosot kepada 4t berbanding 8t pada asalnya. Walaubagaimanapun, dia masih boleh melompat setinggi 10 meter.

Sut Emperor (Emperor Form)

Emperor Form (エンペラーフォーム, Enperā Fōmu) adalah sut sebenar untuk Kiva. Sut ini diaktifkan selepas Tatsulot menyertai Kiva. Kiva dilihat mempunyai sut berwarna merah pada bahagian dada dan Omnilens matanya. Selain itu, terdapat juga tambahan dengan warna keemasan pada but, peha, dada, bahu, dan tangan Kiva. Kiva juga dilihat memakai kain mantel berwarna merah. Pada awalnya, Tatsulot muncul ketika Kiva mula marah dan tercabar. Namun begitu, Kiva tidak perlu lagi berperasaan sedemikian untuk menggunakan sut ini, sebaliknya hanya perlu memanggil Tatsulot dengan visel khas yang dipanggil Tatsulot Fuestle. Terdapat satu suis pada Tatsulot yang dipanggil Imperial Slot (インペリアルスロット, Inperiaru Surotto). Suis inilah yang Kiva gunakan untuk membuat putaran serangan pemusnah yang digelarkan oleh Tatsullot sebagai "Fever".

Kiva dengan sut ini mempunyai ketinggian 210cm dan berat sebanyak 100kg. Impak tumbukannya adalah sebanyak 18t manakala, impak tendangannya pula adalah sebanyak 32t. Namun begitu, impak tendangan serangan pemusnah Kiva - yang dipanggil Emperor Moon Break adalah sebanyak 150t. Kiva dengan sut ini mampu melompat setinggi 180m, dan lari selaju tiga saat untuk jarak 100 meter.

Flight Style

Hasil dari meletakkan hasrat hati pada biola Bloody Rose, tabiat Fangire dalam diri Wataru muncul. Hasilnya dia dapat bertukar dari bentuk Emperor kepada bentuk ala-Sabbat yang dinamakan Emperor Bat (エンペラーバット, Enperā Batto). Berketinggian 180 sentimeter dan berat 100kg, serta sayapnya yang boleh dibuka sehingga 380 sentimeter, Flight Style adalah bentuk Kiva yang dimaksudkan boleh mengancam manusia. Bentuk ini pertama kali diperkenalkan melalui filem Kamen Rider Kiva: "Raja Istana di dunia Syaitan". Ciri-cirinya adalah seperti Sonic Claws (ソニッククロー, Sonikku Kurō), bilah yang terdapat pada sayap Kiva, dan juga Big Jaw (ビッグジョー, Biggu Jō), bahagian paruhnya. Serangan-serangannya adalah:

  1. Demon Pliers (デモンプライヤー, Demon Puraiyā),
  2. Hell's Flame (ヘルズフレイム, Heruzu Fureimu), dan
  3. Bloody Strike (ブラッディストライク, Buraddi Sutoraiku) (serangan pemusnahnya).

Sut Gabungan

Dogabaki Form

DoGaBaKi Form (ドガバキフォーム, Dogabaki Fōmu) adalah sut yang dipakai oleh Kiva selepas dia memanggil semua ahli Arms Monsters. Nama sut ini adalah singkatan kepada gabungan nama "Dogga/Garulu/Bassha/Kiva Form" (ドッガ・ガルル・バッシャー・キバフォーム, Dogga Garuru Basshā Kiba Fōmu). Sut ini jarang-jarang digunakan. Set sut Kiva kali ini bertukar dengan sut tangan kirinya dipanggil Garulu Arm (ガルルアーム, Garuru Āmu), dan sut tangan kanannya pula dipanggil Bassha Arm (バッシャーアーム, Basshā Āmu). Manakala sut bahagian dadanya dipanggil Dogga Breast (ドッガブレスト, Dogga Buresuto). Kelebihan utama sut ini adalah, Kiva boleh menggunakan semua senjata termasuk Hell's Gate secara serentak. Namun, Kiva mempunyai masa hanya lima minit sahaja kerana sut ini berbahaya kepada kesihatan Kiva sendiri.

Sut ini menambah berat badan Kiva dari asal kepada 140kg. Impak tumbukan dan tendangan Kiva pula masing-masing bernilai 10t dan 15t. Lompatan tertinggi Kiva dengan sut ini adalah 50m. Manakala lariannya pula adalah 5 saat untuk 100 meter.

Dogabaki-Emperor Form

DoGaBaKi Emperor Form (ドガバキエンペラーフォーム, Dogabaki Enperā Fōmu) adalah sut khas yang digunakan oleh Kiva dalam Edisi DVD Kamen Rider Kiva. Ia menyerupai sut Dogabaki, namun bezanya, Kiva menggunakan sarung tangan Emperor dengan baju besi Dogga dan bahagian bahu dari sut Garulu dan Bassha.